Hi korang ! Harinie aku nak cerita sikit experience aku dalam water rafting . Sebernanya benda ni memang plan co-incident gila dengan kawan aku sorang sini. Maklum lah aku nie dah masuk 20-an start nak buat life goals itu ini bagai . Time time muda lah baru boleh explore benda lasak macam ni, takkan lah masa dah tua kan.

Kita orang start bergerak dari kl around 7.30 pagi macam tu then sampai kat plaza tol kuala kubu untuk tunggu yang lain. Btw lupa nak bagi tahu harga , sekepala RM 180 yang paling murah aku dapat. Boleh lah check insta @waterraftingadventure. Service management diaorang memang hampeh sikit, tunggu yang buat aku bengang. Banyakkan lah kena tunggu 2 jam beb ! time tu lah diaorang nak tiup angin raket tu. Tapi once dah naik raket tu memang best ! guider kita orang memang sporting. Kat bawah ni aku tunjuk tentative [ baca – baca ] :

Ni muka muka sebelum water rafting , bukan semuanya kawan akunya. 5 orang je , hahaha. Tapi semuanya sporting sporting , takda yang marah marah , semua have fun !

ok sebelum kita start aktiviti water rafting , guider akan ajar 6 step macam mana nak guna padel dengan betul . Yang aku ingat Padle Forward ! Padle Backward ! yang lain dah lupa hahaha. Since korang tgk dalam ni takda yang gambar kita orang kayuh sebab time ni lah climax yang kita orang tak boleh padle , takut terbalik woi hahaha. Untuk water rafting nie, ada 4 stage bergolek golek sampai terjatuh , bukan 2 jam berturut turut laju ya air . Once kita orang dah lepas satu stage , kita orang akan rehat dulu 20 minit kat tepi. Kalau air laju sepanjang jalan, memang pening lah cerita dia.


Time boat kitaorang terbalik memang cuak gila. Sampai kasut aku pon hanyut weh . Semua kawan kawan aku campak sana sini . Seram tapi best ! Sekali sekala gila takpe. Guider tu tahu lah nak terbalik boat dekat area mana , takut ada batu meninggal woi anak orang . So far, rate aku untuk service nie 7.5 / 10 . Selamat mencuba !

